PERISTIWA-PERISTIWA BULAN SYAWAL
-
Hari Raya Idul Fitri
Di hancurkannya Kaum bangsa Aad
(3) Perang khadak ( 5 hijriah qamariah ).
(4) Di mulainya Ghaibat ( keghaiban kubra ) Kubra dari Imam Mahdi As ( 329 hijriah qamariah ).
(5) Imam Ali bergerak menuju Siffin
(5) Masuknya Muslim Ibnu Aqil Ke Kufah ( 60 hijriah qamariah ).
(6) Di Mulainya perang Hunain ( 8 hijriah qamariah ).
(7) Pecahnya perang Uhud ( 3 hijriah qamariah ).
(8) Dihancurkannya kuburan Mazumin As di pekuburan Baqi Oleh Kaum Wahabi ( 1344 hijriah qamariah ).
(10) Imam Ali Ar-Ridha As tiba Di daerah Marw ( 201 hijriah qamariah ).
(15) Perang Uhud dan syahada Khadrat Hamzah As ( 3 hijriah qamariah ).
(15) Wafatnya Abdul Adzim Al-Hasani As salah seorang dari cucu Imam Hasan As ( 201 hijriah qamariah ).
(15) Rad Syams oleh Imam Ali As di tempat mesjid Fadhihah yang kemudian terkenal dengan mesjid nama mesjid Fadhihah.
( 15) Hari Syahadah Khadrat Hamzah paman Nabi Saw pada saat perang Uhud ( 3 hijriah qamariah ).
(15) Perang Bani Qaniqaq ( 2 hijriah qamariah ).
(17) Wafat Abi Shallat harawi ( 207 hijriah qamariah ).
(17) Perang Khandak ( 5 hijriah qamariah ).
(20) Di asingkannya Imam Musa Kadhim As dari Madinah menuju Irak ( 179 hijriah qamariah ).
(25) Hari Syahadah Imam Ja’far Shadiq As ( 148 hijriah qamariah ).
Peristiwa Penting Di dalam Bulan Syawal
Bulan Syawal
merupakan bulan kesepuluh di dalam taqwim Hijriyah yang penuh keutamaan
dan keistimewaan. Secara harfiah, Syawal berarti peningkatan. Hal ini
demikian kerana segala amal ibadah mahupun latihan yang dijalani selama
sebulan penuh ketika Ramadhan, hendaknya dapat dilipatgandakan kualiti
dan kuantitinya pada bulan ini.
Keistimewaan Syawal
semakin nyata dengan anjuran berpuasa sunnah selama enam hari.
Rasulullah SAW sangat menekankan ibadah ini, dan dibuktikan dengan
banyaknya hadis berkait amalan puasa tersebut.
Selain itu, sejarah awal Islam juga mencatat sejumlah peristiwa penting
yang terjadi di bulan Syawal. Beberapa di antaranya bahkan memiliki
pengaruh kuat terhadap keberhasilan pengembangan agama Islam di fasa
berikutnya.
1. Perang Uhud
Berlaku pada 15 Syawal 3 Hijrah.
Tentera kafir Quraisy ingin membalas dendam kekalahan Perang Badar
setahun sebelum itu.Pada peringkat pertama, tentera Islam mencapai
kemenangan. Tetapi, akibat kumpulan pemanah melanggar perintah
Rasulullah supaya tidak meninggalkan kedudukan masing-masing walau apa
pun berlaku, tentera Islam akhirnya ditewaskan.Pasukan pemanah Islam
melanggar perintah Rasulullah selepas yakin mencapai kemenangan dan
ingin memungut harta rampasan perang yang ditinggal musuh.Khalid Ibnu
Walid yang ketika itu belum memeluk Islam, mengambil peluang itu
melakukan serangan mengejut sehingga berlakunya kekalutan.
Hal
ini ditambah dengan serangan saraf dengan tersebar kononnya Rasulullah
wafat.Akhirnya, ada sahabat terpandang Rasulullah masih berjuang, lalu
diamelaungkan keadaan sebenar sehingga membangkitkan semula semangat
juang tentera Islam.Baginda bersama 30 tentera Islam menuju ke suatu
teluk di Bukit Uhud untuk mengatur perancangan perang yang baru.Pada
peringkat kedua ini, tentera Islam menerima ujian apabila 70 orang
syahid, termasuk Saidina Hamzah Abdul Muttalib yang digelar Asadullah
(Singa Allah).
Pada
peringkat ketiga, tentera Islam dapat bertahan apabila tentera kafir
yang tidak berpuas hati kerana gagal membunuh Rasulullah, mengatur
langkah menyerang Madinah.Bagaimanapun, mereka tidak meneruskan
perancangan itu apabila mengetahui Rasulullah bersiap untuk menyerang
balas.Kekalahan pada peringkat kedua ini berlaku akibat pelanggaran
perintah nabi selaku pemimpin serta rasa terlalu seronok dengan harta
rampasan perang sehingga kurangnya pertautan hati dengan Allah.
2. Perang Bani Qainuqa.
Terjadi pada Syawal 2 Hijriyah.
Pasukan Islam pimpinan Rasulullah memerangi kaum Yahudi lantaran mereka
memusuhi kaum Muslim. Mereka juga yang pertama mengkhianati perjanjian
yang dibuat oleh kedua pihak.
3. Perang Bani Sulaim di Kudri.
Terjadi pada Syawal 2 Hijriyah. Rasulullah berangkat menuju Qarqarah al-Kadr untuk memecah pasukan Bani Sulaim dan Gathafan.
4. Perang Khandaq
Berlaku
mulai Syawal sehingga awal Zulkaedah 5 Hijrah.Peristiwa ini mudah
diingati kerana setiap kali tiba hari raya, kita sentiasa laungkan Ahzab
(Dan Dialah (Allah) yang memenangkan tentera-Nya serta mengalahkan
tentera Ahzab).Perang Ahzab yang bererti tentera bersekutu, juga
dikenali dengan nama Perang Khandak (parit) sempena saliran dibina
tentera Islam sebagai kubu.Ia berlaku selepas Yahudi Bani Nadhir dihalau
Rasulullah dari Madinah kerana cuba membunuh baginda.
Tentera bersekutu kuffar seramai 10,000 orang yang tiba ke tempat
peperangan terkejut apabila mendapati parit digali tentera Islam. Ia
adalah pengalaman strategi berperang yang baru kepada mereka.Tentera
Islam yang hanya berjumlah 3,000 orang mampu bertahan.Pertempuran besar
tidak berlaku dalam peperangan ini. Hanya enam tentera Islam syahid,
manakala 10 Musyrikin dibunuh.Akhirnya, Allah mendatangkan kemenangan
dengan ribut pasir, menyebabkan tentera musuh berundur. Berlaku juga
kacau-bilau antara mereka apabila pengintip yang dihantar Rasulullah
berjaya melonggarkan kepercayaan antara tentera Ahzab
5. Perang Hunain.
Pertempuran antara Nabi Muhammad dan pengikutnya melawan kaum Badui dari suku Hawazin dan Tsaqif pada tahun 630 M atau 8 H, dari Mekkah ke Thaif.
Pertempuran ini berakhir dengan kemenangan mutlak bagi kaum Muslimin,
yang juga berhasil memperoleh rampasan perang yang banyak.
Pasukan Muslimin saat itu 12,000 orang, terdiri dari 10,000 Muslim yang turut serta dalam penaklukan Makkah, ditambah 2,000
orang Quraisy Mekkah yang baru masuk Islam. Perang ini terjadi sekitar
dua minggu setelah penaklukan Makkah, atau empat minggu setelah Muhammad
meninggalkan Madinah.
6. Perang Tha’if.
Orang-orang
Tsaqif yang melarikan diri dari perang Hunain pergi ke benteng-benteng
mereka di Thaif. Rasulullah SAW mengejar mereka melewati daerah-daerah Nakhla al-Yamaniyah, Qarn, al-Mulaih dan Bahrah ar-Rugha. Baginda kemudian membangunkan markaz dan mengepung benteng-benteng Thaif selama lebih dari 20 malam.
Rasulullah SAW melempari orang-orang Thaif dengan senjata manjanik
(pelempar batu). Perang Thaif adalah perang pertama di mana kaum Muslim
menggunakan senjata manjanik. Dalam peperangan Thaif ini juga digunakan
dabbabah, iaitu sejenis alat perang yang digunakan untuk menghancurkan pintu-pintu benteng.
7. Pernikahan Rasulullah.
Pernikahan Rasulullah dengan Aisyah ra dan Ummu Salamah.
8.Kelahiran Imam Bukhari
Lahirnya Imam Bukhari pada bulan Syawal, iaitu tahun 194 Hijriyah. Beliau wafat pada tahun 256 H iaitu di malam ‘Eidul Fitri dan dimakamkan pada hari raya 1 Syawal.
9. Kelahiran Abdullah bin Zubair
Lahirnya Abdullah bin Zubair, dan dialah bayi pertama muhajirin yang lahir dimadinah pada 1 Hijriyah
Itulah beberapa peristiwa yang berlaku di dalam bulan Syawal,
mudah-mudahan kita bukan sekadar menyambutnya dengan meraikan kemenangan
tetapi kita turut menghayati sirah penting yang berlaku di dalamnya,demikianlah
cerita ini kami sampaikan sesungguhnya terdapat sebuah hikmah dari
semua peristiwa Bagi mereka Kaum yang berpikir.wallahua'alam....
referensi. http://www.almonji.com/id/node/596
http://khaujahrubiyah.blogspot.com/2011/09/peristiwa-penting-di-dalam-bulan-syawal.html