KISAH LAHIRNYA SHOLAWAT BADAR
Sholawat
Badar adalah rangkaian sholawat berisikan tawassul dengan nama Allah,
dengan Junjungan Nabi s.a.w. serta para mujahidin teristimewanya para
pejuang Badar. Sholawat ini adalah hasil karya Kyai Ali Manshur, yang
merupakan cucu KH. Muhammad Shiddiq, Jember. Oleh itu, Kyai ‘Ali Manshur
adalah anak saudara atau keponakan KH. Ahmad Qusssyairi
(
ulama besar dan pengarang kitab “”Tanwir al-Hija” yang telah
disyarahkan dengan judul “Inarat ad-Duja“oleh ulama terkemuka Haramain,
Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas bin ‘Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani.
Diceritakan
bahawa karya ini ditulis oleh Kiyai ‘Ali Manshur sekitar tahun 1960,
tatkala kegawatan umat Islam Indonesia menghadapi fitnah Partai Komunis
Indonesia (PKI). Ketika itu, Kiyai ‘Ali adalah Kepala Kantor Departemen
Agama Banyuwangi, juga menjadi Pengurus Cabang Nahdlatul Ulama di situ.
Keadaan politik yang bercelaru saat itu dan kebejatan PKI yang
bermaharajalela membunuh massa, bahkan ramai kiyai yang menjadi mangsa
mereka, menyebabkan terlintas di hati Kiyai ‘Ali, yang memang mahir
membuat syair ‘Arab sejak nyantri di Pesantren Lirboyo Kediri lagi,
untuk menulis satu karangan sebagai sarana bermunajat memohon bantuan
Allah s.w.t. Dalam keadaan sedemikian, Kiyai ‘Ali tertidur dan dalam
tidurnya beliau bermimpi didatangi manusia-manusia berjubah putih –
hijau, dan malam yang sama juga, isteri beliau bermimpikan Kanjeng Nabi
s.a.w.
Setelah siang, Kiyai ‘Ali langsung pergi berjumpa dengan Habib Hadi al-Haddar Banyuwangi
dan
menceritakan kisah mimpinya tersebut. Habib Hadi menyatakan bahawa
manusia-manusia berjubah tersebut adalah para ahli Badar. Mendengar
penjelasan Habib yang mulia tersebut, Kyai ‘Ali semakin bertekad untuk
mengarang sebuah syair yang ada kaitan dengan para pejuang Badar
tersebut. Lalu malamnya, Kyai ‘Ali menjalankan penanya untuk menulis
karya yang kemudiannya dikenali sebagai “Sholawat al-Badriyyah” atau
“Sholawat Badar“.
Apa yang mengherankan ialah keesokan harinya,
orang-orang kampung mendatangi rumah beliau dengan membawa beras dan
bahan makanan lainnya. Mereka menceritakan bahwa pagi pagi sekali mereka
telah didatangi orang berjubah putih menyuruh mereka pergi ke rumah
Kyai ‘Ali untuk membantunya karena satu kenduri akan diadakan di
rumahnya. Itulah sebabnya mereka datang dengan membawa bahan makanan
tersebut menurut kemampuan masing-masing. Tambah pelik lagi apabila
malamnya, hadir bersama untuk bekerja membuat persiapan kenduri
orang-orang yang tidak dikenali siapa mereka.
Menjelang keesokan
pagi, serombongan habaib yang diketuai oleh Habib ‘Ali bin ‘Abdur Rahman
al-Habsyi Kwitang tiba-tiba datang ke rumah Kiyai ‘Ali. Tidak tergambar
kegembiraan Kiyai ‘Ali menerima tetamu istimewanya tersebut. Setelah
memulakan perbicaraan bertanyakan khabar, tiba-tiba Habib ‘Ali Kwitang
bertanya mengenai syair yang ditulis oleh Kiyai ‘Ali tersebut. Tentu
sahaja Kiyai ‘Ali terkejut kerana hasil karyanya itu hanya diketahuinya
dirinya seorang dan belum dimaklumkan kepada sesiapa pun. Tapi beliau
mengetahui, ini adalah satu kekeramatan Habib ‘Ali yang terkenal sebagai
waliyullah itu. Lalu tanpa lengah, Kiyai ‘Ali Manshur mengambil helaian
kertas karangannya tersebut lalu membacanya di hadapan para hadirin
dengan suaranya yang lantang dan merdu. Para hadirin dan habaib
mendengarnya dengan khusyuk sambil menitiskan air mata kerana terharu.
Setelah selesai dibacakan Sholawat Badar oleh Kiyai ‘Ali, Habib ‘Ali
menyeru agar Sholawat Badar dijadikan sarana bermunajat dalam menghadapi
fitnah PKI.
”Ya
akhi , mari kita perangi genjer –genjer PKI itu dengan shalawat Badar !
”kata Habib Ali kwitang mantap . setelah itu Habib Ali kwitang memimpin
doa , lalu rombongan itu memohon diri .Maka sejak saat itu masyhurlah
karya Kiyai ‘Ali tersebut.
Selanjutnya, untuk mempopulerkan shalawat
badar , Habib ‘Ali Kwitang telah mengundang para ulama dan habaib ke
Kwitang untuk satu pertemuan, termasuk dijemput ialah Kyai ‘Ali Manshur
bersama pamannya KH. Ahmad Qusyairi. Dalam pertemuan tersebut, Kyai ‘Ali
sekali lagi diminta untuk mengumandangkan Sholawat al-Badriyyah
gubahannya itu. Maka bertambah masyhur dan tersebar luas Sholawat Badar
ini dalam masyarakat serta menjadi bacaan popular dalam majlis-majlis
ta’lim dan pertemuan.
Semoga Allah swt memberikan sebaik-baik
ganjaran dan balasan buat pengarang Sholawat Badar serta para habaib
tersebut….. al-Fatihah.
KH
Ali Mansur Siddiq terinspirasi dari sebuah Kitab yang berjudul
"MANDZUMAH AHLUL BADAR ALMUSAMAH JALIYATUL KADAR FII FADOIL AHLUL BADAR"
yang di susun oleh AL IMAM ASSAYYID JA'FAR ALBARJANZI.
Dan sebelum menulis Syair Sholawat Badar KH Ali bermimpi didatangi manusia-manusia berjubah putih bersorban hijau
Dan pada malam yang sama istri beliau bermimpi bertemu dengan Rosululloh ......
dan
esok harinya KH Ali menemui Al Imam AlHabib Hadi AlHaddar Maula
Banyuwangi dan menceritakan mimpinya kepada Habib Hadi dan Habib Hadi
mengatakan "Bahwa orang orang yang datang di mimpimu itu adalah para
Ahlul Badar"
Dari
Dua mimpi yang teramat mulia di malam yang bersamaan pula dan dengan
penjelasan dari seorang Arifbillah yaitu Habib Hadi AlHadar yang membuat
keyakinan beliau untuk menulis Syair Ahlul Badar.
Dan
di malam Harinya Kiai Ali memulai menulis Syair Demi Syair berkenaan
Ahlul badar yang di kemudian hari lebih mashur dengan nama Sholawat
Badriyah
Esok
harinya banyak para tetangganya dan orang orang kampung yang mengirimi
bahan makan mulai dari beras, daging, sayur-mayur dan lain-lain.
Kiai Ali merasa heran dan bertanya kepada mereka yang mengirimi bahan makanan tersebut dan jawaban mereka semua:
"pada Subuh tadi datang orang berjubah putih memberitahukan bahwa di rumah Kiai Ali akan ada Acara besar"
Merasa
heran dan penuh tanda tanya itu yang terjadi dalam diri Kiai Ali dan
mengherankan lagi ada orang yang tidak dikenal ikut juga mempersiapkan
acara tersebut.
Di
pagi-pagi sekali Rombongan AlHabib Ali bin Abdurrahman AlHabsyi dari
kwitang datang kerumah Kiai Ali dan ternyata inilah jawaban atas rasa
penasaran beliau, betapa senangnya KH Ali mendapat kunjungan Ulama besar
yang dikagumi oleh Umat Islam Indonesia dan merupakan hal yang
teristimewa kejadian tersebut terhadap Kiai Ali atas kunjungan AlHabib
Ali dan Rombongannya.
Didalam
kunjungan tersebut tercatat dalam buku kecilnya Kiai Ali, beliau disana
menyatatkan kejadian tersebut pada Hari Rabu pagi tanggal 26 September
tahun 1962 jam 8 pagi.
Pada kesempatan itu dibacakan Maulidul Azab dan Ceramah agama, diantara yang memberikan ceramahnya adalah:
• AlHabib Ali AlHabsyi kwitang
• AlHabib Muhammad bin Ali AlHabsyi
• AlHabib Salim bin Jindan
Didalam
rombongon tersebut ikut diantaranya AlHabib Ali bin Husein AlAthas,
AlHabib Ahmad bin Ghalib AlHamid Surabaya,AlHabib Umar Assegaf Semarang
dan banyak lagi yang lainnya para pembesar Ulama pada waktu itu.
Setelah
usai acara AlHabib Ali AlHabsyi Kwitang menanyakan prihal Sholawat yang
ditulis oleh Kiai Ali dan Kiai Ali mema'lumi hal itu karena memang
Habib Ali dikenal luas sebagai Waliyulloh dan Kiai Ali langsung
mengambil kertas berisi Syair yang ditulisnya dan membacakan di hadapan
para Habib dengan suara indahnya yang memang Kiai Ali dikenal memiliki
suara yang merdu.
Alunan
Sholawat Badar yang indah didengar oleh para Habaib dengan penuh
kekhusyuan sampai seluruhnya meneteskan air mata karena terharu dan
setelah selesai Habib Ali berbicara meminta agar Sholawat tersebut di
jadikan munajat untuk melawan Fitnah PKI.
Dan
setelah itu Habib Ali mengundang Kiai Ali dalam Majlisnya di Jakarta
pada Hari minggu yang dihadiri banyak para Alim Ulama dan Habaib serta
beribu-ribu umat Islam dalam undangan tersebut.
KH
Ali Mansur Siddiq didampingi oleh paman beliau yaitu KH Ahmad Qusairi.
Di waktu itu pula Habib Ali meminta Kepada KH Ali untuk membaca Sholawat
Badar susunannya di hadapan jamah yang hadir dan membuat Sholawat Badar
menjadi Mashur tersebar luas dimana mana apalagi Sholawat tersebut
selalu dibaca di awal Majlisnya Habib Ali AlHabsyi kwitang.
Setelah
itu Habib Ali meminta kepada para murid muridnya untuk mencetak Teks
Sholawat tersebut dan dibagi bagikan kepada para Jama'ahnya dan dicetak
pertama kali di percetakan AlAidrus Jakarta.
Dan hingga saat ini
Sholawat Badar berkembang pesat di tengah tengah masyarakat di
Jakarta,di Pulau Jawa, di Nusantara bahkan di penjuru Dunia
ROBBI FAN FA'NA BIBARKATIHIM
WAH DINAL HUSNA BIHURMATIHIM
WA AMITNA FII TORIQOTIHIM
WA MU'AFATIM MINAL FITANI
Mungkin
hingga saat masih ada yang belum mengetahui tentang siapa penyusun
Sholawat Badar, padahal dalam Buku Antologi NU jilid pertama dan Majalah
langitan Edisi 54 di sana dijabarkan secara luas siapa penyusun
Sholawat Badar, dalam Buku dan majalah tersebut keduanya saling menutupi
sejarah yang kurang apalagi ditambah dengan Tulisan Tangan dari sang
penyusun sendiri yang tidak lain adalah KH ALI MANSUR SIDDIQ dari
Banyuwangi.
"Ya Akhi mari kita lawan genjer genjernya PKI dengan Sholawat Badar"
Teks Sholawat Badar
صَـلا َةُ اللهِ سَـلا َمُ اللهِ عَـلَى طـهَ رَسُـوْلِ اللهِ
صَـلا َةُ اللهِ سَـلا َمُ اللهِ عَـلَى يـس حَبِيْـبِ اللهِ
تَوَ سَـلْنَا بِـبِـسْـمِ اللّهِ وَبِالْـهَادِى رَسُـوْلِ اللهِ
وَ كُــلِّ مُجَـا هِـدِ لِلّهِ بِاَهْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
اِلهِـى سَـلِّـمِ اْلا ُمـَّة مِـنَ اْلافـَاتِ وَالنِّـقْـمَةَ
وَمِنْ هَـمٍ وَمِنْ غُـمَّـةٍ بِاَ هْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
اِلهِى نَجِّـنَا وَاكْـشِـفْ جَـمِيْعَ اَذِ يـَّةٍ وَا صْرِفْ
مَـكَائـدَ الْعِـدَا وَالْطُـفْ بِاَ هْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
اِلهِـى نَـفِّـسِ الْـكُـرَبَا مِنَ الْعَـاصِيْـنَ وَالْعَطْـبَا
وَ كُـلِّ بـَلِـيَّـةٍ وَوَبـَا بِا َهْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
فَكَــمْ مِنْ رَحْمَةٍ حَصَلَتْ وَكَــمْ مِنْ ذِلَّـةٍ فَصَلَتْ
وَكَـمْ مِنْ نِعْمـَةٍ وَصَلَـتْ بِا َهْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
وَ كَـمْ اَغْـنَيْتَ ذَالْعُـمْرِ وَكَـمْ اَوْلَيْـتَ ذَاالْفَـقْـرِ
وَكَـمْ عَافَـيـْتَ ذِاالْـوِذْرِ بِاَ هْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
لَـقَدْ ضَاقَتْ عَلَى الْقَـلْـبِ جَمِـيْعُ اْلاَرْضِ مَعْ رَحْبِ
فَانْـجِ مِنَ الْبَلاَ الصَّعْـبِ بِا َهْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
ا َتَيـْنَا طَـالِـبِى الرِّفْـقِ وَجُـلِّ الْخَـيْرِ وَالسَّـعْدِ
فَوَ سِّـعْ مِنْحَـةَ اْلاَيـْدِىْ بِاَ هْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
فَـلاَ تَرْدُدْ مَـعَ الْخَـيـْبَةْ بَلِ اجْعَلْـنَاعَلَى الطَّيْبـَةْ
اَيـَا ذَاالْعِـزِّ وَالْهَـيـْبَةْ بِاَ هْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
وَ اِنْ تَرْدُدْ فَـمَنْ نَأْتـِىْ بِـنَيـْلِ جَمِيـْعِ حَاجَا تِى
اَيـَا جَـالِى الْمُـلِـمـَّاتِ بِاَ هْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
اِلهِـى اغْفِـرِ وَاَ كْرِ مْنَـا بِـنَيـْلِ مـَطَا لِبٍ مِنَّا
وَ دَفْـعِ مَسَـاءَةٍ عَـنَّا بِاَ هْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
اِلهِـى اَنـْتَ ذُوْ لُطْـفٍ وَذُوْ فَـضْلٍ وَذُوْ عَطْـفٍ
وَكَـمْ مِنْ كُـرْبـَةٍ تَنـْفِىْ بِاَ هْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
وَصَلِّ عَـلَى النـَّبِىِّ الْبَـرِّ بـِلاَ عَـدٍّ وَلاَ حَـصْـرِ
وَالِ سَـادَةٍ غُــــرِّ بِاَ هْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
Oleh: Anto Djiebriel - Ajieb & Ponpes Nurul Hidayah Kal-Tim