THE SECRETS OF HOLY MECCA / RAHASIA KOTA SUCI MEKAH
Disebutkan di dalam sebuah hadis yang bermaksud :
“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung.
Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari
kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari
semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”
Jadi, jadikanlah hari ini lebih baik dari hari-hari yang seterusnya
dengan mengambil pengajaran dari hadis yang disampaikan oleh Rasulullah
s.a.w., rasul utusan yang mulia ini. Berpandukan kepada diri kita
sendiri untuk mengubahnya. =)
Pada hari ini, penulis berniat mahu berkongsi sesuatu yang perlu
kita, umat Islam ketahui. Perkara tersebut adalah mengenai rahsia-rahsia
yang terselindung di sebalik Kota Mekkah yang menempatkan Kaabah yang
mulia. Bila agaknya kita akan sampai ke sana yer? Semoga Allah
mempermudahkan urusan kita kelak. Insya-Allah. Bersama-samalah kita
memohon kemudahan itu. Terdapat 15 perkara yang penulis ingin kongsikan
di sini.
Selamat membaca dan menghayatinya. =)
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem
imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan
penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ
tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang
dan masa serentak.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar
tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan
kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan
ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri
sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di
dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang
ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan
garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah
jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka
tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu
tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon
magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah
akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan
sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga
hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam
ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut
lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam,
bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya
akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekahsentiasa
bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak
terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau
terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita
mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut
dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang
baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas
melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru
kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur
atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul.
Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram.
Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau
reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik
saja akan diterima oleh tubuh.
Pendek kata, semua yang diperintahkan Allah mempunyai hikmah yang
tersendiri dan tersembunyi. Bergantung kepada seseorang itu untuk
mencari sebanyak mungkin rahsia-rahsia yang dikhabarkan oleh-Nya.
Penulis juga terpesona dengan ciptaan-Nya ini. Tiada sesiapa yang mampu
untuk melawan kudrat-Nya. Dia sahaja Yang Maha Berkuasa. Sebentar tadi,
penulis terlihat akan satu page yang namanya Makcik Hajjah Al-Wuzara.
Begitu lemahnya seorang manusia yang telah ditarik hidayah daripada
hatinya. Sesungguhnya Allah akan memilih hamba-hamba yang terpilih
sahaja untuk menerima tanggungjawab sebagai seorang hamba yang beriman.
Bersama-samalah kita mendoakan agar dia diberi petunjuk oleh Allah Yang
Maha Bijaksana. Beliau telah tersesat jauh sangat daripada acuan Islam.
Entah apa yang ada di mindanya dengan mencaci hina Allah, iaitu Pencipta
kita Yang Maha Hebat.
Penulis mengingatkan diri penulis agar sentiasa berdoa agar
sentiasa dipelihara iman dan Islam yang dipertanggungjawabkan ke atas
kita semua. Jangan sesekali lari dari litar Allah. Kelak, kita akan
ditanya apa yang kita lakukan. Allahuakbar! Mudah-mudahan kita tidak
akan dicampakkan oleh Allah Taala dalam kalangan orang-orang yang ingkar
dan orang-orang yang berdosa. Allahuakbar!
Penulis ingin mengajak anda untuk bersama-sama menghayati maksud
doa “Robbana la tuziq qulubana ba’daizhadaitana wahablana min ladunka
rohmah innaka antalwahhab” ini. Amalkanlah setiap kali selepas solat.
Insya-Allah. Semoga kita dipelihara Allah dari jurang kekafiran.
Allahuakbar!
“Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah,
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang
berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kami apa yang kami tak
sanggup memikulnya. Ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah
penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir